okay. shocking news. (konon gempak)
malam semalam:
azie: taaak
azie: bukan apa
azie: igt tnya2 td bleh la dapat donut skit ke
azie: haha
Moja: hahahaha
Moja: kate donut wat sendri sedap..
Moja: :p
azie: eh mmg la lagi sedap
azie: tp kalau org nak beli xkan nak tolak kut
azie: lagi2 yg big apple tu
azie: ishhh
Moja: hahahaha
Moja: uisshhh
Moja: demannnnnnd
Moja: :))
azie: hahahah
Moja: kalu tserempak esok, beli laa..
Moja: bley makan sambil shopping
Moja: =))
serius, saya melawak saja. saja ngada-ngada. tapi disebabkan encik moja sangat baik hati dan memang rezeki saya agaknya untuk berbuka dengan donuts Big Apple arini, Allah telah mengahantarkan donuts tersebut kepada saya. syukur alhamdulillah.
jadi apabila encik moja beri sms untuk mengatakan dia telah sampai, saya dengan gelabah campur excitednya turun dengan pantas.
selepas berterima kasih berkali-kali tanda terharu dengan kebaikan encik moja, saya pun pulang ke atas sambil tersengih-sengih. gembira dapat donuts. lain kali boleh mengada mintak lagi.
apabila tiba di pintu. saya pun terusla membukanya. OMG! its locked and i dont have the keys with me!
ok bertenang. bertenang.
plan pertama: call diana yang berada di rumah kakaknya di KL dan suruh dia pulang secepat mungkin.
plan kedua: ketuk jiran sebelah dan mintak tumpang sehingga housemates yang lain balik esok.
plan ketiga: call Mr Handyman.
selepas berfikiran sejenak;
plan pertama: kesian plak kat diana kena balik awal.
plan kedua: seganlah. selama ni tak pernah beramah mesra dengan mereka. takkan tiba2 nak tumpang rumah.(baru sedar akan kepentingan berbaik dengan jiran tetangga).
plan ketiga: yes. ini idea terbaik.
lantas saya terus call Mr Handyman. oh, dia sedang tidur. kesian juga. tapi dia lebih kesian pada tangisan pura-pura saya. :p
20 minit menunggu. mujur ada novel yang telah lama diidam-idamkan. novel baru Cecilia Ahern, Thanks for The Memories (jangan jeles yee). sudah sampai chapter 7 dan akhirnya Mr Handyman comes to the rescue!
agak lama juga dia berusaha gigih untuk membuka tombol pintu itu ala-ala perompak handalan. tapi gagal. alhamdulillah, rumah kami ni selamat juga rupanya.
kemudian, kerana rasa terlalu desperate, saya membuat cadangan yang agak merbahaya. ada ruang di luar koridor itu yang boleh dipijak. jadi saya cadangkan Mr Handyman memijaknya dan menggunakan kayu mop yang ada kat luar pintu itu (tatau la sapa punya. rupanya ada hikmah ia tersadai di situ. alhamdulillah) untuk menarik kunci yang ada di depan pintu itu. saya tahu agak sukar untuk anda bayangkan keadaan sebenar. sebentar. saya ada gambar.

benda putih tula yang Mr Handyman pijak untuk mencapai kunci pada grill seperti yang anda lihat di gambar kedua. still tak boleh nak bayang. nvm. yang penting, it was sangat bahaya.
tapi takpee. Mr Handyman memang terkenal dengan aksi berani fisabilillah nyaa.
setelah berhempas pulas, alhamdulillah, akhirnya tercapai juga tangan Mr Handyman pada kunci saya.
jadi terima kasih Mr Handyman. You’re my hero!!
dan juga sangat berterimakasih pada encik moja sebab menghilangkan kempunan saya pada donuts. and oh yeaa, for the birthday gift too! tau tak patut gedik-gedik nak terharu banyak kali. but from the bottom of my heart, i am. thank you. :)